Tuesday, December 21, 2010

..retak..

aku xtau nk mula cmna..yg aku tau aku sedih sgt..
aku xpaham..aku konfius..aku plek..
mcm2 main dlm fikiran aku..
knp jd cmni?knp dia masih xberubah??
knp dia msti buat bnda yg bt dia sakit sdgkan dia bleh bahagia??
betollah kata org...banyak org bnyak ragam...
kita xleh ubah org..cuma aku berharap sgt dia berubah..
buka mata..buka hati..buka minda..bt keputusan yang bijak...
walau apa pn keputusan yg dia bt aku terima dgn redho...

Wednesday, December 15, 2010

:: bagun semula kerana dunia belum berakhir ::

Tersentak sejenak dentakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianmu kecundang

Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir
Dunia dah berakhir

Begitulah perasaannya
Kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara

Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan
Untuk bangun semula

Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan

Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut tanda usaha
Jangan jadi alasan
Berhenti separuh jalan

Tuesday, December 14, 2010

:: pa...kisah kita..dari by::

ketika bola mata milik dua manusia yang lemah bertemu...
tanpa suara sebuah perkataan terhambur...
hanya berbekalkan segaris senyuman dan selembar pandangan yang bermakna...
dalam hati aku bernyanyi riang...

ketika burung berjanji pada sarang..
pelangi menari di kaki awan...
ketika pungguk merindu sang bulan..
kata cinta bernada indah terhurai dalam lagu berkumandang..
tak mungkin ku melupakan sebegini pengalaman..

kau ku dambakan...
setiap bait indah dari bibirmu dalam ingatanku...
baik pekertimu aku hargai..
cintamu anugerah terindah dari yang maha kuasa...
kau pilihan hati belahan jiwa...
:-)

>by sayang pa forever<

Monday, December 13, 2010

..dia seorang lelaki..

melihat..
mengagumi..
melirik..
meminati..
menghargai..
seorang DIA..
harummu seolah-olah harum bumi ketika hujan pertama turun membasahi...
tenang wajahmu seperti tenangnya air di takungan si dara..
indah pekertimu seakan setianya burung pada si tuannya...
sempuna susuk tubuhmu sesempurna ciptaanNya..
sungguh kau yang kudambakan..

Friday, December 10, 2010

..matahari di kaki bumi..

ketika ide dhujung pangkal otak..
ketika pena kekeringan dakwat..
ketika itu hati berombak bagai mahu tersembur segala apa yang ingin dititip
pada sekeping pulpa yang kering keputihan...

langkah yang diatur meninggalkan tapak..
pasir permata jatuh berselerak..
bibir mungil tersenyum mengukir melihat kau bahagia..
ku tahu bahagia itu yang kau mahu dan harapkan..
paut hatiku kuat mengatakan aku bukan memuja bayang...
hati kau bisikan di kuping telingaku..
kata-kata damai..
kata-kata bahagia..
kata-kata gembira..

aku terleka..
otot rangka tanpa tulang saling bertaut..
ku bahagia kau tiba..:-)

kudus sinarnya..

Usah ditanya di hamparan mana..
Tika terlena melata berkelana..
Sesayup angkasa pun pergi..
Selembah turuni..
Di mana berdiri..
Mata tutup tak berhati..
Bagai bahtera kemudi diuji..
Garis tertentang imbanglah haluannya..
Berulang renung lapis langit..
Nipisnya ragaku..
Bukalah kelopak kudus sinarmu..
Dia kekasih kasihnya memutih...
Dia tercinta hadirnya tiap tika..
Luhurnya teguh paut hati berkata..
Sanubari idam pelukannya..
Bagai bertemu rahsia..
Penawar gelita..
Hadir dalam damai titis... siramnya..
Sinar kealpaan bak pelangi..
Indah penuh warna..
Dusta noda mata..
Jika selaut cinta..
Tulislah kalimatnya..
Pastikan surut..
Meski selaut jua..
Serlah cendala jiwa..
Insankan seharusnya..
Jaharkan syahdu..
Detik sesaat itu..
Bagai satu cerita..
Tafsirlah sebaliknya..
Cuba mencari makna..
Apakah hakikatnya..